Thursday, October 7, 2010

Kuih ubi kayu



Bahan-bahan :
1.4kg ubi kayu parut
1 cawan air sejuk
2 3/4 cawan santan
480g gula pasir
3 sudu makan tepung jagung/sago
3 biji telur (di pukul)
1 sudu makan butter, dicairkan
1 1/2 sudu teh vanilla
1 1/2 sudu teh garam
pewarna kuning

Cara-cara penyediaan :
1. Panaskan oven pada suhu 175 Celcius
2. Oleskan minyak pada sekeliling dan bawah tin pembakar (9 x 9 x 3) dan alaskan dengan kertas minyak/parchment paper.
3. Campurkan ubi parut dan air sejuk. Gaulkan hingga rata.Kemudian perahkan ubi kayu dengan menggunakan kain muslin dan perapkan airnya selama 1/2 jam.Biarkan sagunya mendap dan perlahan-lahan buangkan airnya. Ambil sagu yang telah mendap tadi dan gaulkan bersama ubi kayu yang telah diperah tadi gaul hingga rata dan ketepikan.
4. Santan, gula, tepung jagung, telur,butter, vanilla dan garam di satukan. Dengan menggunakan whisker, kacau hingga sebati.Masak hingga panas sahaja (jangan biarkan mendidih).Campurkan adunan santan yang masih panas dengan ubi kayu tadi dan aduk hingga sebati.Masukkan pewarna kuning dan aduk lagi.
5. Tuangkan adunan ubi kayu tadi kedalam tin pembakar dan bakar selama 1 - 1/2 jam atau hingga permukaan kuih garing. Sejukkan dulu sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment