Friday, August 27, 2010

Kek keladi


Bahan-Bahannya:
1kg keladi (rebus)
sebiji kelapa (ambil santan)
1 paket tepung beras
4 ulas bawang putih (cincang)
sedikit garam

Untuk tabur :
udang kering (tumbuk)
daun bawang(potong halus)
1 bungkus bawang goreng
2 paket cendawan hitam(rendam&potong nipis)
cili merah(hiris)
kicap cair
gula
*Jika mahu gunakan isi ayam,gorengkan bersama cendawan.

Cara Penyediaan

Bahan tabur :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Goreng udang kering yang sudah ditumbuk.
  3. Masukkan 2 sudu gula.
  4. Angkat apabila sudah bau wangi dan ketepikan.
  5. Panaskan sedikit minyak. Masukkan cendawan yang sudah lembut direndam dengan air tadi.

Masukkan sedikit kicap cair,setengah sudu gula dan sedikit garam hingga naik bau.(Boleh tambah isi ayam jika mahu). Ketepikan.


Cara Penyediaan :
  1. Kupas kulit biji keladi,asingkan sedikit isinya dan potong kiub kecil-kecil. Selebihnya di rebus.(Keladi yang dipotong kiub tidak perlu direbus)
  2. Perah kelapa parut dan ambil santannya sahaja
  3. Bancuh tepung beras dan santan. (Jangan terlalu cair)
  4. Angkat biji keladi yang sudah direbus tadi dan toskan airnya. Kemudian dilenyek.
  5. Campurkan isi keladi yang sudah dilenyek tadi ke dalam adunan tepung beras.
  6. Kacau adunan sehingga sebati. Campurkan santan jika terlalu pekat. (Adunan hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
  7. Panaskan setengah cawan minyak di dalam kuali.
  8. Masukkan bawang putih yang telah dicincang.Apabila bawang putih sudah berbau wangi, masukkan keladi yang dipotong kiub kecil tadi.
  9. Masukkan adunan tepung dan keladi tadi. Gorengkan bersama bahan goreng tadi.
  10. Goreng sehingga adunan tadi menjadi pekat.
  11. Angkat adunan dan masukkan ke dalam loyang empat segi.(Sapukan sedikit minyak pada loyang agar mudah untuk diangkat selepas dipotong)
  12. Kukus di dalam pengukus. Tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium.
  13. Setelah masak, angkat dan taburkan dengan bahan tabur.


Cara hidangan:
makan bersama sos cili.

Friday, August 13, 2010

Assam Laksa Nyonya


Bahan-bahan :

500 g laksa [direbus atau celur hingga lembut]
800 g ikan parang atau kembung
1500 mL air
1/2 cawan asam jawa *
600 ml air *
sedikit gula
garam secukup rasa
MSG jika suka
1 kuntum bunga kantan

* ambil air asam jawa dgn mencampurkan asam jawa dgn air

Bahan kisar:
1 btg serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan

Ulaman atau hiasan:
1/4 biji nenas (dipotong kecil)
1/2 btg timun (dipotong halus)
4 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dimayang)
beberapa tangkai daun pudina
petis udang jika suka

Cara membuat:

1) Masukkan air & ikan ke dlm periuk. 
Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit.
2)Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
3)Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut 
(tak perlu blend cukup sekadar hancurkan kasar2 dgn garfu/tangan)
4)Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa, 
bunga kantan dan garam secukup rasa. 
Biarkan sehingga mendidih.
5)Masukkan isi ikan dan renehkan selama 5-10 minit.
Utk dihidang, letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman 
dan tuangkan kuah diatasnya.


Kuih Pai Tee


 


Bahan-bahan:

Untuk inti :
  2 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih (cincang halus)
 ½ biji sengkuang
 1 batang lobak merah
 1 keping tauhu goreng (potong dadu kecil)
  100 gram isi ayam/ udang. (cincang halus)
  1 biji telur (goreng dadar dan cincang halus)
  ½ sudu teh garam


Untuk kulit:
  100 gram tepung ubi
100 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
 1 biji telur
air secukupnya
  ½ sudu teh garam
  minyak masak yang banyak (untuk goreng)
Cara penyediaan:

Untuk inti :
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. 
Masukkan isi ayam/udang. Kacau sebentar.
2) Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak.
3) Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
4) Angkat dan ketepikan.


Untuk kulit:

1) Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. 
 Tambah air sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati. 

 Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2) Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
3) Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
4) Celupkan semula ke dalam minyak panas.
5) Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6) Goreng sehingga kekuningan.
7) Angkat dan toskan.
8) Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos serta taburan kacang goreng.

Sedia untuk dihidangkan.
Potong halus..

 Selamat mencuba..
^_^