Thursday, October 7, 2010

Onde-onde

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • sebiji kelapa muda diparut
  • 2 keping gula melaka (dipotong dadu)
  • 300 g tepung pulut
  • secubit garam
  • setitik pewarna hijau

Cara-cara

  1. Campurkan tepung pulut dengan sedikit air dan secubit garam.
  2. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
  3. Bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan gula melaka ditengah-tengah adunan tersebut.
  4. Masukkan dalam air yang telah dididihkan tadi. Tunggu sehingga ia terapung di permukaan.
  5. Ulangi dengan cara yang nombor 3 tadi sehingga adunan habis.
  6. Apabila adunan tadi telah terapung, angkat ia dan golek-golekkan di dalam kelapa muda yang diparut.
  7. Sedia untuk dihidang dan dimakan.

No comments:

Post a Comment