Pengenalan

Pada zaman dulu, China sentiasa berdagang ke Tanah Melayu
sama ada melalui jalan darat atau jalan laut 
merentasi selat dunia.
Mereka banyak menjalinkan hubungan perdagangan di pentas dunia
termasuklah Negeri Melaka yang pada masa itu 
terkenal dengan sebuah negeri perdagangan 
kerana Melaka merupakan 
tempat bertemu saudagar dari timur dan selatan.

Pada masa itu anak raja China Puteri Hang Li Po telah 
dikahwinkan dengan Sultan Melaka pada masa itu 
iaitu Sultan Muzzaffar Shah untuk mengeratkan lagi hubungan perdagangan 
antara kedua-dua negara. 
Maka di sinilah mula berlaku peringkat pertama 
terbentuknya masyarakat baba dan nyonya.

Lama-kelamaan kaum Baba dan Nyonya semakin ramai di Tanah Melayu.
Mereka juga dikenali sebagai cina peranakan. 
Maksud peranakan ialah kaum. Baba dan Nyonya ini telah meninggalkan bahasa ibunda mereka dan bercakap dalam Bahasa Melayu tempatan.
Mereka mengasimilasikan adat resam orang melayu 
serta menggunakan pakaian orang melayu.

Peranakan pertama berkembang di Melaka 
seterusnya berkembang ke Singapura dan Pulau Pinang 
namun tidak dikenali baba dan nyonya sebaliknya 
lebih dikenali sebagai cina starait.
Cina staraits masih mengamalkan adat resam nenek moyang 
mereka tidak seperti kaum baba dan nyonya di Melaka
yang mengasimilasikan cara hidup

Baba dan Nyonya bertutur dalam Bahasa Melayu di rumah 
walaupun sedikit bercampur dengan dialek cina.
Kain sarung Melayu dan kebanyakan pakaian melayu telah menjadi amalan mereka malah upacara perkahwinan diraikan dalam adat istiadat Melayu.
Percantuman budaya yang unik antara kedua-dua kaum telah mengakibatkan lahirnya budaya serta masakan yang unik di Malaysia kerana masakan Cina dan Melayu digabungkan menjadi satu masakan baru.