Friday, August 27, 2010

Kek keladi


Bahan-Bahannya:
1kg keladi (rebus)
sebiji kelapa (ambil santan)
1 paket tepung beras
4 ulas bawang putih (cincang)
sedikit garam

Untuk tabur :
udang kering (tumbuk)
daun bawang(potong halus)
1 bungkus bawang goreng
2 paket cendawan hitam(rendam&potong nipis)
cili merah(hiris)
kicap cair
gula
*Jika mahu gunakan isi ayam,gorengkan bersama cendawan.

Cara Penyediaan

Bahan tabur :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Goreng udang kering yang sudah ditumbuk.
  3. Masukkan 2 sudu gula.
  4. Angkat apabila sudah bau wangi dan ketepikan.
  5. Panaskan sedikit minyak. Masukkan cendawan yang sudah lembut direndam dengan air tadi.

Masukkan sedikit kicap cair,setengah sudu gula dan sedikit garam hingga naik bau.(Boleh tambah isi ayam jika mahu). Ketepikan.


Cara Penyediaan :
  1. Kupas kulit biji keladi,asingkan sedikit isinya dan potong kiub kecil-kecil. Selebihnya di rebus.(Keladi yang dipotong kiub tidak perlu direbus)
  2. Perah kelapa parut dan ambil santannya sahaja
  3. Bancuh tepung beras dan santan. (Jangan terlalu cair)
  4. Angkat biji keladi yang sudah direbus tadi dan toskan airnya. Kemudian dilenyek.
  5. Campurkan isi keladi yang sudah dilenyek tadi ke dalam adunan tepung beras.
  6. Kacau adunan sehingga sebati. Campurkan santan jika terlalu pekat. (Adunan hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
  7. Panaskan setengah cawan minyak di dalam kuali.
  8. Masukkan bawang putih yang telah dicincang.Apabila bawang putih sudah berbau wangi, masukkan keladi yang dipotong kiub kecil tadi.
  9. Masukkan adunan tepung dan keladi tadi. Gorengkan bersama bahan goreng tadi.
  10. Goreng sehingga adunan tadi menjadi pekat.
  11. Angkat adunan dan masukkan ke dalam loyang empat segi.(Sapukan sedikit minyak pada loyang agar mudah untuk diangkat selepas dipotong)
  12. Kukus di dalam pengukus. Tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium.
  13. Setelah masak, angkat dan taburkan dengan bahan tabur.


Cara hidangan:
makan bersama sos cili.

No comments:

Post a Comment